AKTIVITI/PROGRAM PERPUSTAKAAN 2021


1. BICARA BUKU@PUO 

Sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2021, Unit Perpustakaan Politeknik Ungku Omar telah mengadakan program Bicara Buku@PUO.

Unit Perpustakaan telah menjemput Pengurusan Tertinggi Politeknik Ungku Omar iaitu Ts. Haji Mohd Fisal bin Haroon, Pengarah Politeknik Ungku Omar, Ts. Dr. Izwah binti Ismail, Timbalan Pengarah Akademik dan Dr. Supa'at bin Zakaria@Jawahir, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik untuk menjayakan program ini dengan berkongsi buku kegemaran mereka bersama penonton.

Untuk menonton video Bicara Buku@PUO boleh layari pautan berikut:
https://drive.google.com/.../1YkkySnuBEAguy-9fRaLlh3Y1QO...

2. JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT 2021

Jom Baca Bersama untuk 10 Minit diadakan sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Program ini dijalankan setiap tahun selama 10 minit pada jam 11.00 - 11.10 pagi. Jom Baca Bersama untuk 10 Minit ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan membaca apa jua bentuk bahan bacaan yang digemari.

Justeru, pada 22 April 2021, Perpustakaan Politeknik Ungku Omar telah mengadakan Jom Membaca Bersama 10 Minit dengan penglibatan staf dan pelajar seramai 139 orangPihak perpustakaan telah menyediakan google form bagi memudahkan peserta membuat pendaftaran dan berkongsi gambar membaca mereka.

3. KUIZ ATAS TALIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA 2021

Unit Perpustakaan PUO telah mengadakan kuiz sempena Hari Buku dan Hak Cipta Seduniasecara atas talian (online) pada 26 April 2021 (Isnin). Kuiz ini terbuka kepada semua kakitangan PUO.

4. PAMERAN MAYA SEMPENA SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA 2021

Unit Perpustakaan PUO telah mengadakan Pameran Maya Sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2021 yang disambut pada 23 April setiap tahun di seluruh dunia. Pameran ini telah diadakan pada 12 – 30 April 2021 melalui pautan youtube.

5. MERDEKA TIK TOK CHALLENGE 2021

Unit Perpustakaan PUO telah mengadakan pertandingan Merdeka Tik Tok Challenge secara atas talian (online) pada 26 Ogos – 16 September 2021. Penyertaan diwajibkan pada setiap jabatan akademik dan terbuka kepada semua kakitangan PUO.



0 comments:

Post a Comment

 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;