AKTIVITI/PROGRAM PERPUSTAKAAN 2020


1. JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT 2020

Jom Baca Bersama untuk 10 Minit diadakan sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Program ini dijalankan setiap tahun selama 10 minit pada jam 11.00 - 11.10 pagi. Jom Baca Bersama untuk 10 Minit ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan membaca apa jua bentuk bahan bacaan yang digemari.

Justeru, pada 20 April 2020, Perpustakaan Politeknik Ungku Omar telah mengadakan Jom Membaca Bersama 10 Minit dengan penglibatan staf dan pelajar seramai 53 orangPihak perpustakaan telah menyediakan google form bagi memudahkan peserta membuat pendaftaran dan berkongsi gambar membaca mereka.


2. MAJLIS PERASMIAN PROJEK MENAIKTARAF PERPUSTAKAAN POLITEKNIK UNGKU OMAR

Majlis Perasmian Projek Menaiktaraf Perpustakaan Politeknik Ungku Omar telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ts. Dr. Mohammad Naim Bin Yaakub, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah diadakan pada 14 September 2020. 

Kerja- kerja pembinaan projek telah dimulakan pada 19 April 2018 dan siap sepenuhnya pada 7 Ogos 2020.

0 comments:

Post a Comment

 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;