Wednesday 23 September 2020

MAJLIS PERASMIAN PROJEK MENAIKTARAF PERPUSTAKAAN POLITEKNIK UNGKU OMAR

 

Majlis Perasmian Projek Menaiktaraf Perpustakaan Politeknik Ungku Omar (PUO) telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah diadakan pada 14 September 2020.

Turut hadir bersama Encik Megat Azlani bin Megat Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi, Ts. Haji Mohd Fisol bin Haroon, Pengarah Politeknik Ungku Omar, Ir. Haji Hamdan bin Ali, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Perak, Encik Kamal Afendi bin Desa, Jurutera Daerah Kinta, Ts. Haji Muhamad Rumzi bin Mamat, Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi JPPKK serta Haji Hussein bin Al Rashidi, Kontraktor Utama Sedia Gemilang Sdn. Bhd.

Kerja-kerja pembinaan projek telah dimulakan pada 19 April 2018 dan siap sepenuhnya pada 7 Ogos 2020 yang boleh menampung kapasiti pengunjung perpustakaan seramai 1400 orang pada satu-satu masa.

Transformasi ruang ini merupakan satu anjakan paradigma yang penting bagi memastikan perpustakaan PUO terus kekal relevan sebagai pusat repositori ilmu dan untuk dikunjungi, khasnya oleh para pelajar dan kakitangannya. 












0 comments:

Post a Comment

 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;