AKTIVITI/PROGRAM PERPUSTAKAAN 2019

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak Perpustakaan PUO bagi tahun 2019:


1. Program Kepimpinan Organisasi KORPUS 1.0 2019


- Program ini merupakan program kolaborasi Perpustakaan PUO dengan IPG Ipoh.
- program dijalankan pada 23 Februari 2019 bertempat di Pusat Kokurikulum, IPG Ipoh dengan seramai 27 orang ahli KORPUS dan staf perpustakaan terlibat
- Beberapa aktiviti telah dilaksanakan pada hari tersebut antaranya memanah, jungle trekking, 'survival cooking', dan 'compass navigation'.


2. PUO Library Open Day 2019
Program "Library Open Day" ini dilaksanakan oleh ahli Kelab KOPRUS ILMU pada 12 Mac 2019. Program ini bertujuan untuk mendedahkan kelebihan Perpustakaan Politeknik Ungku Omar kepada semua pelajar PUO. Program ini juga secara tidak langsung dapat memupuk minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan  di mana salah satu caranya adalah dengan datang ke perustakaan dan membaca segala bentuk bahan rujukan yang terdapat di perpustakaan.

3. "LET'S DO THIS NIE PROJECT"

- Program ini merupakan usahasama antara English Language Development Centre (ELDC) & Perpustakaan PUO dalam menggalakkan pelajar untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan pengetahuan tentang isu-isu semasa melalui kehidupan seharian. Projek ini dikendalikan oleh En. Prapagaran, Pensyarah dari Jabatan Pengajian Am dan pasukan debat PUO pada 19 Mac 2019. Peserta bagi projek ini adalah terdiri daripada para pelajar kelas DKM3A, DEE4B, DEE4C, DEE4D, DPU4A & ELDC. Hasil kerja pelajar daripada projek ini dipaparkan di Bilik Ibnu Sirin selama 2 minggu bagi pengunjung perpustakaan membaca dan mendapat manfaat daripada projek ini.



4. Majlis Perasmian Penutup Program Malaysia Polytechnics Speakers' Corner Project 2019 - Let's Talk About It!



-Program ini merupakan antara program kolaborasi yang terbesar dianjurkan oleh antara Malaysia Polytechnics Communication Enhancement Council (MPCEC), Division of Department Admission & Students’ Development, Department of Polytechnic & Community College Education dengan Politeknik Ungku Omar sempena Jubli Emas Politeknik. Sebahagian besar staf perpustakaan PUO telah menjadi ahli jawatankuasa bagi majlis penutup program ini yang telah berlangsung pada 27 Februari 2019 di Dewan Jubli, PUO. Majlis perasmian ini disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Yusma Binti Yusoff, Pengerusi Malaysia Polytechnics Communication Enhancement Council (MPCEC), yang juga merupakan Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Antara aktiviti yang telah diadakan bagi program satu harini adalah Oh MyEnglish!, Keynote Speech, Forum, Exhibition Debate (Oxford Style) and Inspiring Speech dan diakhiri dengan Majlis Penutup program.

5.Pameran Prof. Ungku Omar

-Pameran biografi Prof. Ungku Omar yang telah berlangsung pada 5/4/2019 - 30/4/2019 adalah merupakan salah satu program pegisian di Perpustakaan PUO sempena Sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia. Selain daripada menggalakkan pengunjung untuk datang ke perpustakaan, pameran juga dapat membuka minda para pelajar dan kakitangan tentang aspek-aspek tertentu di samping mengurangkan tekanan yang dihadapi ketika sesi pembelajaran. Bertepatan dengan Sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia, biografi Prof. Ungku Omar diambil sebagai tanda memperingati nama politeknik itu sendiri. Pameran biografi tokoh ini dilihat dapat memberi aspirasi kepada semua terutamanya ke pada warga PUO untuk terus maju dan berdaya saing.

6.Dekad Membaca Kebangsaan: Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa KL 2019

-Dekad Buku Kebangsaan Peringkat Politeknik Ungku Omar dirancang bagi tujuan  menyokong matlamat Dasar Buku Negara iaitu memastikan rakyat Malaysia mempunyai minat membaca yang tinggi melalui pemilihan  bahan bacaan yang berkualiti.  Di samping itu, program ini   adalah merupakan salah satu inisiatif Perpustakaan Politeknik Ungku Omar bagi menyahut cabaran dan menyokong matlamat Wawasan 2020 iaitu untuk melahirkan masyarakat yang kaya ilmu dan bermaklumat. Bagi merealisasikan  program tersebut, pihak Perpustakaan Politeknik Ungku Omar   telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019  pada 2 April 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. 

7.Dekad Membaca Kebangsaan: Yasin Hour Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia Perpustakaan PUO

-Majlis Bacaan Yasin merupakan inisiatif Pengarah PUO, Dr. Zairon Mustapha dalam menzahirkan rasa kesyukuran kepada Illahi atas penubuhan 50 tahun Politeknik Malaysia khususnya Politeknik Ungku Omar. Bacaan Yasin ini telah dilaksanakan di Dewan Jubli, PUO dan di seluruh Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti secara serentak. Dalam usaha untuk menyokong hasrat  pengarah untuk semua warga politeknik menyertainya, perpustakaan PUO juga turut  mengadakan bacaan Yasin ini di peringkat unit/jabatan. Penyertaan keseluruhan warga politeknik dan Kolej Komuniti yang mencecah seramai 22,716 orang melalui pendaftaran sistem QR Code, telah menyenaraikan  Program Yasin Hour ini di dalam Malaysia Book of Record. Program ini telah berlangsung pada hari Khamis, 4 April 2019 bermula jam 10.00 pagi.

8.Dekad Membaca Kebangsaan: Jom Membaca Bersama 10 Minit 2019 Perpustakaan PUO

Jom Baca Bersama selama 10 Minit dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia yang merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Program ini dijalankan setiap tahun selama 10 minit pada jam 11.00 - 11.10 pagi. Jom Baca Bersama untuk 10 Minit ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan membaca apa jua bentuk bahan bacaan yang digemari. Justeru, pada 23 April 2019, Perpustakaan Politeknik Ungku Omar telah mengadakan Jom Membaca Bersama 10 Minit dan usaha ini telah disambut baik oleh semua warga Politeknik Ungku Omar dengan penyertaan daripada pihak pengurusan tertinggi PUO, kakitangan serta pelajar-pelajar. 

9. Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan kepada Pelajar Baharu Sesi Jun 2019



- Taklimat ini telah diadakan pada minggu suai kenal pelajar-pelajar baharu bagi sesi Jun 2019 bertempat di Dewan Jubli PUO pada 26 Jun 2019. Penyampaian maklumat seperti perkhidmatan dan peraturan-peraturan perpustakaan menjadi agenda utama. Selain itu, pelajar baru juga turut didedahkan kepada sistem yang terdapat di perpustakaan PUO seperti sistem pencarian buku dan cara menggunakannya di samping mempromosikan bahan rujukan seperti e-book perpustakakaan PUO dan PNM Digital. Taklimat kali ini telah disampika oleh Ketua Unit Perpustakaan, Pn. Norhafiza Binti Jusoh.

10. Kelas Literasi Maklumat 2019

- Kelas Literasi Maklumat ini merupakan inisiatif Ketua Unit Perpustakaan, Pn. Nurhafiza Binti Jusoh, dalam memberi pendedahan kepada pelajar semester 1 bagi setiap Jabatan terhadap literasi maklumat yang berkesan. Kelas Literasi Maklumat ini disampaikan sendiri oleh Pn. Norhafiza selama 6 hari bermula 18/7/2019 - 26/7/2019 bertempat di Bilik Ibnu Sirin & Bilik Siber, Perpustakaan PUO. Antara lain objektif yang ingin dicapai melalui kelas atau taklimat sebegini adalah untuk memastikan para pelajar sedia maklum tentang perkhidmatan Perpustakaan PUO dan Perpustakaan Negara Malaysia amnya. Perkhidmatan seperti e-book dan U-pustaka di ketengahkan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kemudahan baru yang diperkenalkan oleh perpustakaan bagi tujuan rujukan para pengguna.
11. Pertandingan Memanah Antara Kelab Dan Persatuan Politeknik Ungku Omar Kerjasama Dengan Institut Pendidikan Guru Kampus
- Program Pertandingan memanah adalah satu pertandingan yang dijalankan bagi memupuk keyakinan diri yang tinggi serta memberi peluang kepada ahli kelab dan staf untuk memberi pengalaman yang bermakna untuk mereka. Program ini dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh pada 22 September 2019. Pertandingan ini akan menjadi medan untuk peserta menunjukkan bakat, kebolehan dan keupayaan bersaing dalam kalangan mereka. Selain itu, pertandingan seperti ini juga dapat mengajar semangat berpasukan kerana mereka akan bermain secara kumpulan.

12. Program Dekad Membaca : #MALAYSIAMEMBACA

-Program Dekad Membaca 2019 diadakan pada 3 September 2019 – 15 Oktober 2018 dan dirancang bertujuan untuk menarik minat warga PUO khususnya mahasiswa PUO sendiri bagi menghayati dan mengamalkan budaya membaca dalam pembelajaran dan seterusnya menerapkan budaya membaca dalam gaya hidup mereka. Program Dekad Membaca 2019 merupakan acara tahunan Politeknik Ungku Omar yang dikendalikan oleh Unit Perpustakaan sebagai kesinambungan kepada Program Dekad Membaca di peringkat kebangsaan. Program ini telah diadakan di Perpustakaan PUO bermula 9.00 pagi - 5.00 petang.

Pengisian Program:

  • Gotong-royong Perdana
  • Pengucapan Awam
  • Permainan (Dart, Congkak & Baling Tin & Selipar)
  • Sketsa
  • Tayangan Filem
13. PROGRAM DEKAD MEMBACA: CREATING POSTER BASED ON ENGINEERING ARTICLES

Program Menghasilkan Poster Berdasarkan Artikel Kejuruteraan (Creating Poster Based on Engineering Articles) adalah untuk membolehkan pelajar membaca dan mencipta poster berkaitan dengan kejuruteraan. Melalui program ini, pelajar dapat menonjolkan kreativiti dalam penghasilan poster. Secara tidak langsung juga, pelajar dapat membaca dan menilai pelbagai jenis artikel kejuteraan yang disediakan oleh pihak perpustakaan. Program ini merupakan program kolaborasi antara Unit Perpustakaan dan Jabatan Pengaijan Am, PUO yang telah berlangsung pada 1/10/2019 di Perpustakaan.

0 comments:

Post a Comment

 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;