Monday 21 October 2019

PROGRAM DEKAD MEMBACA 2019 #MALAYSIAMEMBACA


Program Dekad Membaca 2019 dirancang bertujuan untuk menarik minat warga PUO khususnya mahasiswa PUO sendiri bagi menghayati dan mengamalkan budaya membaca dalam pembelajaran dan seterusnya menerapkan budaya membaca dalam gaya hidup mereka. Program Dekad Membaca 2019 merupakan acara tahunan Politeknik Ungku Omar yang dikendalikan oleh Unit Perpustakaan sebagai kesinambungan kepada Program Dekad Membaca di peringkat kebangsaan. Ini merupakan satu usaha menyahut seruan kerajaan agar setiap rakyat Malaysia menerapkan budaya membaca dalam kehidupan. Membaca merupakan instrumen yang berkesan dalam menajamkan fikiran dan menambahkan ilmu pengetahuan.
Slogan Program Dekad Membaca iaitu #MALAYSIAMEMBACA khususnya diperluaskan kepada peringkat khalayak sasaran warga PUO. Di samping itu, program ini selari dengan usaha jitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memartabat dan mendaulatkan Bahasa Kebangsaan. Secara tidak langsung, mahasiswa boleh menambah nilai ilmu pengetahuan dan nilai imej sosial dalam kalangan masyarakat. Program Dekad Membaca 2019 berupaya meningkatkan nilai tambah mahasiswa seiring dengan pemantapan budaya membaca warga PUO terutamanya mahasiswa.

























0 comments:

Post a Comment

 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;