Monday, 1 November 2021
PEMBERIAN CD PENERBITAN E BULETIN - ALL ABOUT STEM@PUO
Pada 18 Oktober 2021, pihak Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Ungku Omar telah menyerahkan CD penerbitan E Buletin - All about STEM@PUO kepada Ketua Unit Perpustakaan, Puan Norhafiza Binti Jusoh.
AUDIT MQA JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI PADA 14 OKTOBER 2021
Pada 14 Oktober 2021, Audit MQA bagi Jabatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah di adakan di Perpustakaan Politeknik
Ungku Omar, Ipoh.
PROGRAM DEKAD MEMBACA 2021 : MERDEKA TIK TOK CHALLENGE 2021
Unit Perpustakaan PUO telah mengadakan pertandingan Merdeka Tik Tok Challenge secara atas talian (online) pada 26 Ogos – 16 September 2021. Penyertaan diwajibkan pada setiap jabatan akademik dan terbuka kepada semua kakitangan PUO.
Objektif:
- Menyemai semangat patriotisme di kalangan
warga PUO.
- Memupuk semangat berpasukan dalam kalangan
pelajar.
- Melahirkan
warga PUO yang berilmu dan berdaya saing.
PROGRAM DEKAD MEMBACA 2021 : PAMERAN MAYA SEMPENA SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA 2021 PERINGKAT POLITEKNIK UNGKU OMAR
Unit Perpustakaan PUO telah
mengadakan Pameran Maya Sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2021
yang disambut pada 23 April setiap tahun di seluruh dunia. Pameran ini telah diadakan
pada 12 – 30 April 2021 melalui pautan youtube.
Objektif pameran Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia adalah :
· Memberi maklumat berkaitan Hari Buku & Hak Cipta Sedunia.
· Menggalakkan minat membaca dikalangan warga PUO.
·
Menjadikan amalan membaca sebagai
gaya hidup.
· Mendekatkan warga PUO dengan perpustakaan.
Jumlah tontonan di youtube: 363 orang
PROGRAM DEKAD MEMBACA 2021 : KUIZ ATAS TALIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA 2021 PERINGKAT POLITEKNIK UNGKU OMAR
Unit Perpustakaan PUO telah mengadakan kuiz sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia secara atas talian (online) pada 26 April 2021 (Isnin). Kuiz ini terbuka kepada semua kakitangan PUO.
Objektif:
- Menyemai budaya dan tabiat suka membaca di
kalangan warga PUO.
- Meningkatkan kecintaan kepada buku dan
mengamalkan ilmu yang telah diperolehi melalui pembacaan.
- Melahirkan warga PUO yang berilmu dan berdaya saing.
Jumlah Peserta: 69 orang
PROGRAM DEKAD MEMBACA 2021 : JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT 2021 PERPUSTAKAAN PUO
Jom Baca Bersama untuk 10 Minit diadakan sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Program ini dijalankan setiap tahun selama 10 minit pada jam 11.00 - 11.10 pagi. Jom Baca Bersama untuk 10 Minit ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan membaca apa jua bentuk bahan bacaan yang digemari. Justeru, pada 22 April 2021, Perpustakaan Politeknik Ungku Omar telah mengadakan Jom Membaca Bersama 10 Minit dengan penglibatan staf dan pelajar seramai 139 orang. Pihak perpustakaan telah menyediakan google form bagi memudahkan peserta membuat pendaftaran dan berkongsi gambar membaca mereka.
Tentatif Program Jom Membaca Bersama 10 minit PUO adalah seperti berikut:
Tarikh Program : 22 April 2021 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi - 11.10 pagi
Penglibatan : Warga PUO
Objektif:
- Menyemai budaya dan tabiat suka membaca di kalangan warga PUO
- Meningkatkan kecintaan kepada buku dan mengamalkan ilmu yang telah diperolehi melalui pembacaan
- Melahirkan warga PUO yang berilmu dan berdaya
saing
Jumlah Peserta: 139 orang
STATISTIK
PENYERTAAN WARGA PUO
PROGRAM
JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT 2021
PROGRAM DEKAD MEMBACA 2021 : BICARA BUKU@PUO
Sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2021, Unit Perpustakaan Politeknik Ungku Omar telah mengadakan program Bicara Buku@PUO.
Unit Perpustakaan
telah menjemput Pengurusan Tertinggi Politeknik Ungku Omar iaitu Ts. Haji Mohd
Fisal bin Haroon, Pengarah Politeknik Ungku Omar, Ts. Dr. Izwah binti Ismail,
Timbalan Pengarah Akademik dan Dr. Supa'at bin Zakaria@Jawahir, Timbalan
Pengarah Sokongan Akademik untuk menjayakan program ini dengan berkongsi buku
kegemaran mereka bersama penonton.
Untuk menonton video Bicara Buku@PUO boleh layari pautan berikut:
https://drive.google.com/.../1YkkySnuBEAguy-9fRaLlh3Y1QO...