Perpustakaan Politeknik Ungku Omar

Program Dekad Membaca 2019

Quran Hour Peringkat PUO 2019

Sambutan Jubli Emas PUO

Hari Terbuka Perpustakaan

Capaian Pantas Perkhidmatan Perpustakaan PUO

Program Dekad Membaca 2019 : Tayangan Filem

Program Tutor A+ Perpustakaan Negara Malaysia

Program Dekad Membaca 2019

Program Dekad Membaca : Creating Poster Based on Engineering Articles

Program Dekad Membaca : Public Speaking

Thursday 25 April 2019

DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN: JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT 2019 PERPUSTAKAAN PUO


Jom Baca Bersama selama 10 Minit dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia yang merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Program ini dijalankan setiap tahun selama 10 minit pada jam 11.00 - 11.10 pagi. Jom Baca Bersama untuk 10 Minit ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan membaca apa jua bentuk bahan bacaan yang digemari. Justeru, pada 23 April 2019, Perpustakaan Politeknik Ungku Omar telah mengadakan Jom Membaca Bersama 10 Minit dan usaha ini telah disambut baik oleh semua warga Politeknik Ungku Omar dengan penyertaan daripada pihak pengurusan tertinggi PUO, kakitangan serta pelajar-pelajar. 



















Friday 5 April 2019

PROGRAM YASIN HOUR


Majlis Bacaan Yasin merupakan inisiatif Pengarah PUO, Dr. Zairon Mustapha dalam menzahirkan rasa kesyukuran kepada Illahi atas penubuhan 50 tahun Politeknik Malaysia khususnya Politeknik Ungku Omar. Bacaan Yasin ini telah dilaksanakan di Dewan Jubli, PUO dan di seluruh Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti secara serentak. Dalam usaha untuk menyokong hasrat  pengarah untuk semua warga politeknik menyertainya, perpustakaan PUO juga turut  mengadakan bacaan Yasin ini di peringkat unit/jabatan. Penyertaan keseluruhan warga politeknik dan Kolej Komuniti yang mencecah seramai 22,716 orang melalui pendaftaran sistem QR Code, telah menyenaraikan  Program Yasin Hour ini di dalam Malaysia Book of Record. Program ini telah berlangsung pada hari Khamis, 4 April 2019 bermula jam 10.00 pagi.










Wednesday 3 April 2019

DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN: LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2019


Dekad Buku Kebangsaan Peringkat Politeknik Ungku Omar dirancang bagi tujuan  menyokong matlamat Dasar Buku Negara iaitu memastikan rakyat Malaysia mempunyai minat membaca yang tinggi melalui pemilihan  bahan bacaan yang berkualiti.  Di samping itu, program ini   adalah merupakan salah satu inisiatif Perpustakaan Politeknik Ungku Omar bagi menyahut cabaran dan menyokong matlamat Wawasan 2020 iaitu untuk melahirkan masyarakat yang kaya ilmu dan bermaklumat. Bagi merealisasikan  program tersebut, pihak Perpustakaan Politeknik Ungku Omar   telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019  pada 2 April 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.















 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;