Perpustakaan Politeknik Ungku Omar

Program Dekad Membaca 2019

Quran Hour Peringkat PUO 2019

Sambutan Jubli Emas PUO

Hari Terbuka Perpustakaan

Capaian Pantas Perkhidmatan Perpustakaan PUO

Program Dekad Membaca 2019 : Tayangan Filem

Program Tutor A+ Perpustakaan Negara Malaysia

Program Dekad Membaca 2019

Program Dekad Membaca : Creating Poster Based on Engineering Articles

Program Dekad Membaca : Public Speaking

Thursday 24 October 2019

PROGRAM DEKAD MEMBACA: CREATING POSTER BASED ON ENGINEERING ARTICLES


Program Menghasilkan Poster Berdasarkan Artikel Kejuruteraan (Creating Poster Based on Engineering Articles) adalah untuk membolehkan pelajar membaca dan mencipta poster berkaitan dengan kejuruteraan. Melalui program ini, pelajar dapat menonjolkan kreativiti dalam penghasilan poster. Secara tidak langsung, pelajar dapat membaca dan menilai pelbagai jenis artikel kejuruteraan yang disediakan oleh pihak perpustakaan.

Program ini dapat menarik minat pelajar lain bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang artikel melalui majalah yang dilanggan oleh perpustakaan. Program ini juga dapat memberikan pendedahan kepada semua warga PUO khususnya pensyarah dan pelajar. Secara tidak langsung, program ini dapat meningkatkan pengunaan artikel sebagai bahan bacaan dan rujukan yang sangat bermanfaat kepada semua.

Program ini merupakan kolaborasi kerjasama antara Unit Perpustakaan dan JPA.















Monday 21 October 2019

PROGRAM DEKAD MEMBACA 2019 #MALAYSIAMEMBACA


Program Dekad Membaca 2019 dirancang bertujuan untuk menarik minat warga PUO khususnya mahasiswa PUO sendiri bagi menghayati dan mengamalkan budaya membaca dalam pembelajaran dan seterusnya menerapkan budaya membaca dalam gaya hidup mereka. Program Dekad Membaca 2019 merupakan acara tahunan Politeknik Ungku Omar yang dikendalikan oleh Unit Perpustakaan sebagai kesinambungan kepada Program Dekad Membaca di peringkat kebangsaan. Ini merupakan satu usaha menyahut seruan kerajaan agar setiap rakyat Malaysia menerapkan budaya membaca dalam kehidupan. Membaca merupakan instrumen yang berkesan dalam menajamkan fikiran dan menambahkan ilmu pengetahuan.
Slogan Program Dekad Membaca iaitu #MALAYSIAMEMBACA khususnya diperluaskan kepada peringkat khalayak sasaran warga PUO. Di samping itu, program ini selari dengan usaha jitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memartabat dan mendaulatkan Bahasa Kebangsaan. Secara tidak langsung, mahasiswa boleh menambah nilai ilmu pengetahuan dan nilai imej sosial dalam kalangan masyarakat. Program Dekad Membaca 2019 berupaya meningkatkan nilai tambah mahasiswa seiring dengan pemantapan budaya membaca warga PUO terutamanya mahasiswa.

























 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;