Program Menghasilkan Poster Berdasarkan Artikel
Kejuruteraan (Creating Poster Based on Engineering Articles) adalah untuk membolehkan
pelajar membaca dan mencipta poster berkaitan dengan kejuruteraan. Melalui
program ini, pelajar dapat menonjolkan kreativiti dalam penghasilan poster.
Secara tidak langsung, pelajar dapat membaca dan menilai pelbagai jenis artikel
kejuruteraan yang disediakan oleh pihak perpustakaan.
Program ini dapat menarik minat pelajar lain bagi mengetahui dengan lebih
lanjut tentang artikel melalui majalah yang dilanggan oleh perpustakaan.
Program ini juga dapat memberikan pendedahan kepada semua warga PUO khususnya
pensyarah dan pelajar. Secara tidak langsung, program ini dapat meningkatkan
pengunaan artikel sebagai bahan bacaan dan rujukan yang sangat bermanfaat
kepada semua.
Program ini merupakan kolaborasi kerjasama antara Unit Perpustakaan dan
JPA.
0 comments:
Post a Comment