Tuesday 7 December 2021

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA PROGRAM DEKAD MEMBACA 2021

Unit Perpustakaan telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Program Dekad Membaca 2021 pada 7 Disember 2021 bertempat di Mini Theater, Unit Perpustakaan, Politeknik Ungku Omar.

Program Dekad Membaca 2021 peringkat Politeknik Ungku Omar telah diadakan pada 1 April hingga 16 September 2021. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Kuiz Pemeran Hari Buku & Hak Cipta Sedunia, Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit, Bicara Buku@PUO, Pameran Maya Hari Buku & Hak Cipta Sedunia dan Tik Tok Kemerdekaan. Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Unit Perpustakaan, Puan Norhafiza Binti Jusoh kepada para pemenang.

Unit Perpustakaan merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada warga PUO yang telah menyokong dan menjayakan Program Dekad Membaca 2021. Semoga warga PUO terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada Unit Perpustakaan supaya lebih banyak aktiviti yang menarik dapat dilaksanakan.





















0 comments:

Post a Comment

 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;