Perpustakaan Politeknik Ungku Omar

Program Dekad Membaca 2019

Quran Hour Peringkat PUO 2019

Sambutan Jubli Emas PUO

Hari Terbuka Perpustakaan

Capaian Pantas Perkhidmatan Perpustakaan PUO

Program Dekad Membaca 2019 : Tayangan Filem

Program Tutor A+ Perpustakaan Negara Malaysia

Program Dekad Membaca 2019

Program Dekad Membaca : Creating Poster Based on Engineering Articles

Program Dekad Membaca : Public Speaking

Friday 31 March 2017

"LIBRARY OPEN DAY"

"Library Open Day" Perpustakaan Politeknik Ungku Omar merupakan program pertama kali diadakan di perpustakaan bagi menggalakkan pelajar dan kakitangan PUO untuk berkunjung ke Perpustakaan Politeknik Ungku Omar. Selain itu, tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat sillaturrahim antara pelajar dan memberi pendedahan kepada mereka tentang pameran berkenaan Negeri Perak serta memperkenalkan permainan tradisional. Di samping itu juga, mengurangkan tekanan serta merehatkan minda mereka sebelum menghadapi peperiksaan yang akan diadakan pada bulan April. Program sepanjang bulan Mac ini diadakan di dalam Perpustakaan Politeknik Ungku Omar dan terbuka kepada semua pelajar PUO yang berminat. Program ini telah dikelola oleh pelajar praktikal kami, Cik Sharifah Nur Amira Binti Syed Agil daripada UITM, Kedah.















Thursday 30 March 2017

UNITY THROUGH KNOWLEDGE 2017 : ANTARA KELAB PERPUSTAKAAN POLITEKNIK PUO, PSAS DAN PORT DICKSON

Program ini adalah hasil kerjasama Kelab Perpustakaan PSAS, Politeknik Port Dickson dan Politeknik Ungku Omar dalam merapatkan silaturahim antara ahli kelab perpustakaan  bagi 3 politeknik ini. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung selama sehari pada 4 Mac 2017. Selain ahli kelab perpustakaan, kakitangan perpustakaan bagi ketiga-tiga politeknik ini juga turut sama dalam  menjayakan program ini.
Diharap pada masa akan datang, program sebegini akan terus dijalankan kerana ia bukan sahaja dapat merapatkan lagi silaturahim sesama ahli kelab tetapi pelajar juga dapat membina keyakinan diri, bertukar-tukar pendapat dan membina pengalaman baru tentang sesuatu perkara baik dari segi pembelajaran mahupun kehidupan seharian.


























Friday 10 March 2017

JAMUAN TENGAHARI BAGI MENGHARGAI STAF

Jamuan telah diadakan pada 10/3/2017 bagi menghargai dan memberi semangat kepada semua staf perpustakaan dalam menjalankan tugasan masing-masing sepanjang tahun 2017.





 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;