Perpustakaan Politeknik Ungku Omar

Program Dekad Membaca 2019

Quran Hour Peringkat PUO 2019

Sambutan Jubli Emas PUO

Hari Terbuka Perpustakaan

Capaian Pantas Perkhidmatan Perpustakaan PUO

Program Dekad Membaca 2019 : Tayangan Filem

Program Tutor A+ Perpustakaan Negara Malaysia

Program Dekad Membaca 2019

Program Dekad Membaca : Creating Poster Based on Engineering Articles

Program Dekad Membaca : Public Speaking

Thursday 9 December 2021

PENYERAHAN BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM PELAJAR POLITEKNIK UNGKU OMAR KEPADA PERPUSTAKAAN PUO

Penyerahan Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Ungku Omar daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Ungku Omar kepada Ketua Unit Perpustakaan, Puan Norhafiza binti Jusoh pada 9 Disember 2021 di Perpustakaan Politeknik Ungku Omar.






Tuesday 7 December 2021

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA PROGRAM DEKAD MEMBACA 2021

Unit Perpustakaan telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Program Dekad Membaca 2021 pada 7 Disember 2021 bertempat di Mini Theater, Unit Perpustakaan, Politeknik Ungku Omar.

Program Dekad Membaca 2021 peringkat Politeknik Ungku Omar telah diadakan pada 1 April hingga 16 September 2021. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Kuiz Pemeran Hari Buku & Hak Cipta Sedunia, Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit, Bicara Buku@PUO, Pameran Maya Hari Buku & Hak Cipta Sedunia dan Tik Tok Kemerdekaan. Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Unit Perpustakaan, Puan Norhafiza Binti Jusoh kepada para pemenang.

Unit Perpustakaan merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada warga PUO yang telah menyokong dan menjayakan Program Dekad Membaca 2021. Semoga warga PUO terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada Unit Perpustakaan supaya lebih banyak aktiviti yang menarik dapat dilaksanakan.





















Monday 1 November 2021

GOTONG ROYONG PERPUSTAKAAN PADA 22 OKTOBER 2021

 









PEMBERIAN CD PENERBITAN E BULETIN - ALL ABOUT STEM@PUO


Pada 18 Oktober 2021, pihak Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Ungku Omar telah menyerahkan CD penerbitan E Buletin - All about STEM@PUO kepada Ketua Unit Perpustakaan, Puan Norhafiza Binti Jusoh.











AUDIT MQA JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI PADA 14 OKTOBER 2021


Pada 14 Oktober 2021, Audit MQA bagi Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah di adakan di Perpustakaan Politeknik Ungku Omar, Ipoh. 



PROGRAM DEKAD MEMBACA 2021 : MERDEKA TIK TOK CHALLENGE 2021


Unit Perpustakaan PUO telah mengadakan pertandingan Merdeka Tik Tok Challenge secara atas talian (online) pada 26 Ogos – 16 September 2021. Penyertaan diwajibkan pada setiap jabatan akademik dan terbuka kepada semua kakitangan PUO.

Objektif:

  • Menyemai semangat patriotisme di kalangan warga PUO.
  • Memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.
  • Melahirkan warga PUO yang berilmu dan berdaya saing.





PROGRAM DEKAD MEMBACA 2021 : PAMERAN MAYA SEMPENA SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA 2021 PERINGKAT POLITEKNIK UNGKU OMAR


Unit Perpustakaan PUO telah mengadakan Pameran Maya Sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2021 yang disambut pada 23 April setiap tahun di seluruh dunia. Pameran ini telah diadakan pada 12 – 30 April 2021 melalui pautan youtube.

Objektif pameran Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia adalah :

·   Memberi maklumat berkaitan Hari Buku & Hak Cipta   Sedunia.

·         Menggalakkan minat membaca dikalangan warga PUO.

·         Menjadikan amalan membaca sebagai gaya hidup. 

·         Mendekatkan warga PUO dengan perpustakaan.

Jumlah tontonan di youtube:  363 orang


















PROGRAM DEKAD MEMBACA 2021 : KUIZ ATAS TALIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA 2021 PERINGKAT POLITEKNIK UNGKU OMAR


Unit Perpustakaan PUO telah mengadakan kuiz sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia secara atas talian (online) pada 26 April 2021 (Isnin). Kuiz ini terbuka kepada semua kakitangan PUO.

Objektif:

  • Menyemai budaya dan tabiat suka membaca di kalangan warga PUO.
  • Meningkatkan kecintaan kepada buku dan mengamalkan ilmu yang telah diperolehi melalui pembacaan.
  • Melahirkan warga PUO yang berilmu dan berdaya saing.

Jumlah Peserta: 69 orang







PROGRAM DEKAD MEMBACA 2021 : JOM MEMBACA BERSAMA 10 MINIT 2021 PERPUSTAKAAN PUO

Jom Baca Bersama untuk 10 Minit diadakan sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia yang merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Program ini dijalankan setiap tahun selama 10 minit pada jam 11.00 - 11.10 pagi. Jom Baca Bersama untuk 10 Minit ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan membaca apa jua bentuk bahan bacaan yang digemari. Justeru, pada 22 April 2021, Perpustakaan Politeknik Ungku Omar telah mengadakan Jom Membaca Bersama 10 Minit dengan penglibatan staf dan pelajar seramai 139 orangPihak perpustakaan telah menyediakan google form bagi memudahkan peserta membuat pendaftaran dan berkongsi gambar membaca mereka.

Tentatif Program Jom Membaca Bersama 10 minit PUO adalah seperti berikut:

Tarikh Program      : 22 April 2021 (Khamis)

Masa                       : 11.00 pagi - 11.10 pagi

 

                                       Penglibatan            : Warga PUO

Objektif: 

  • Menyemai budaya dan tabiat suka membaca di kalangan warga PUO 
  • Meningkatkan kecintaan kepada buku dan mengamalkan ilmu yang telah diperolehi melalui pembacaan 
  • Melahirkan warga PUO yang berilmu dan berdaya saing

Jumlah Peserta: 139 orang


STATISTIK PENYERTAAN WARGA PUO

PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT 2021


                               
                                  

PROGRAM DEKAD MEMBACA 2021 : BICARA BUKU@PUO

Sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2021, Unit Perpustakaan Politeknik Ungku Omar telah mengadakan program Bicara Buku@PUO.

Unit Perpustakaan telah menjemput Pengurusan Tertinggi Politeknik Ungku Omar iaitu Ts. Haji Mohd Fisal bin Haroon, Pengarah Politeknik Ungku Omar, Ts. Dr. Izwah binti Ismail, Timbalan Pengarah Akademik dan Dr. Supa'at bin Zakaria@Jawahir, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik untuk menjayakan program ini dengan berkongsi buku kegemaran mereka bersama penonton.

Untuk menonton video Bicara Buku@PUO boleh layari pautan berikut:

https://drive.google.com/.../1YkkySnuBEAguy-9fRaLlh3Y1QO...

 








Tuesday 13 April 2021

PENYERAHAN BUKU FINAL YEAR PROJECT GUIDELINE ON PLANNING, MANAGEMENT & SUPERVISION KEPADA PERPUSTAKAAN PUO


Penyerahan buku Final Year Project Guideline on Planning, Management & Supervision daripada Jabatan Kejuruteraan Awam PUO kepada Ketua Unit Perpustakaan, Puan Norhafiza binti Jusoh pada 12 April 2021 di Perpustakaan Politeknik Ungku Omar.




Sunday 24 January 2021

PERBINCANGAN CADANGAN PELAKSANAAN SISTEM KESELAMATAN PERPUSTAKAAN UNTUK KE ARAH DIGITAL LIBRARY IR 4.0

Pada 12 November 2020, Perpustakaan Politeknik Ungku Omar telah menerima kunjungan daripada Electric Library Sdn. Bhd. untuk membincangkan mengenai Cadangan Pelaksanaan Sistem Keselamatan Perpustakaan Untuk Ke Arah Digital Library IR 4.0.
 
Cadangan Pelaksanaan Sistem Keselamatan Perpustakaan PUO:

1.0 PENGENALAN

Selaras dengan perkembangan IR 4.0 dan bagi meningkatkan lagi keberkesanan penggunaan perpustakaan PUO yang mengandungi hampir 80% kandungan akademik maka pihak perpustakaan mencadangkan pelaksanaan sistem keselamatan.

2.0 OBJEKTIF

a.  Memudahkan perpustakaan untuk mengawal keselamatan bahan dalam perpustakaan.
b.  Meningkatkan dan melebarkan bilangan pengguna perpustakaan.
c.  Meningkatkan keselamatan dengan sistem yang dicadangkan.









Tuesday 12 January 2021

MAJLIS PERPISAHAN ENCIK ABDUL HALIM BIN ABDUL HAMID, PENOLONG PUSTAKAWAN, UNIT PERPUSTAKAAN PUO

8 Januari 2021 - Majlis Perpisahan Encik Abdul Halim bin Abdul Hamid dari Unit Perpustakaan PUO yang akan bertugas di Kolej Matrikulasi Perak mulai 11 Januari 2021.

Selamat maju jaya kepada Encik Abdul Halim dan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti selama berkhidmat di Politeknik Ungku 

Omar.








 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;