Perpustakaan Politeknik Ungku Omar

Program Dekad Membaca 2019

Quran Hour Peringkat PUO 2019

Sambutan Jubli Emas PUO

Hari Terbuka Perpustakaan

Capaian Pantas Perkhidmatan Perpustakaan PUO

Program Dekad Membaca 2019 : Tayangan Filem

Program Tutor A+ Perpustakaan Negara Malaysia

Program Dekad Membaca 2019

Program Dekad Membaca : Creating Poster Based on Engineering Articles

Program Dekad Membaca : Public Speaking

Wednesday 30 December 2020

PENYERAHAN DIGEST ILMIAH CARE VOLUME 6/2020 KEPADA PERPUSTAKAAN POLITEKNIK UNGKU OMAR


Penyerahan penerbitan Digest Ilmiah CARe Volume 6/2020 daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal kepada Ketua Unit Perpustakaan, Puan Norhafiza binti Jusoh pada 14 Disember 2020 di Perpustakaan Politeknik Ungku Omar.



PENYERAHAN BULETIN RELASIS PUO KEPADA PERPUSTAKAAN POLITEKNIK UNGKU OMAR


Penyerahan Buletin RELASIS PUO daripada Haji Hazril Hisham bin Haji Hussin, Adjutan Rela Siswa Siswi (RELASIS) kepada Ketua Unit Perpustakaan, Puan Norhafiza binti Jusoh pada 14 Disember 2020 di Perpustakaan Politeknik Ungku Omar.



Tuesday 20 October 2020

KERJA-KERJA PENGALIHAN BAHAN RUJUKAN DAN PERALATAN PERPUSTAKAAN POLITEKNIK UNGKU OMAR

Kerja-kerja pengalihan bahan rujukan dan peralatan telah diadakan pada 17 Oktober 2020 di Perpustakaan Politeknik Ungku Omar.

Kerja-kerja pengalihan barang telah dilakukan oleh staf sokongan dan staf Unit Perpustakaan Politeknik Ungku Omar.












Thursday 8 October 2020

LATIHAN PENGOPERASIAN BANGUNAN BARU PERPUSTAKAAN

Latihan Pengoperasian Bangunan Perpustakaan Baru yang telah diadakan pada 6 Oktober 2020 di Perpustakaan Politeknik Ungku Omar.

Latihan ini telah disertai oleh kakitangan Unit Perpustakaan dan Unit Pembangunan dan Senggaraan, Politeknik Ungku Omar.









Wednesday 23 September 2020

MAJLIS PERASMIAN PROJEK MENAIKTARAF PERPUSTAKAAN POLITEKNIK UNGKU OMAR

 

Majlis Perasmian Projek Menaiktaraf Perpustakaan Politeknik Ungku Omar (PUO) telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah diadakan pada 14 September 2020.

Turut hadir bersama Encik Megat Azlani bin Megat Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi, Ts. Haji Mohd Fisol bin Haroon, Pengarah Politeknik Ungku Omar, Ir. Haji Hamdan bin Ali, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Perak, Encik Kamal Afendi bin Desa, Jurutera Daerah Kinta, Ts. Haji Muhamad Rumzi bin Mamat, Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi JPPKK serta Haji Hussein bin Al Rashidi, Kontraktor Utama Sedia Gemilang Sdn. Bhd.

Kerja-kerja pembinaan projek telah dimulakan pada 19 April 2018 dan siap sepenuhnya pada 7 Ogos 2020 yang boleh menampung kapasiti pengunjung perpustakaan seramai 1400 orang pada satu-satu masa.

Transformasi ruang ini merupakan satu anjakan paradigma yang penting bagi memastikan perpustakaan PUO terus kekal relevan sebagai pusat repositori ilmu dan untuk dikunjungi, khasnya oleh para pelajar dan kakitangannya. 












Wednesday 2 September 2020

MAJLIS PERPISAHAN PUAN NORLAINA BINTI MOHD RAZI, PUSTAKAWAN UNIT PERPUSTAKAAN PUO

28 Ogos 2020 - Majlis Perpisahan Puan Norlaina binti Mohd Razi, Pustakawan S44 dari Unit Perpustakaan Puo yang akan bertugas di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Selamat maju jaya kepada Puan Norlaina dan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti selama berkhidmat di Politeknik Ungku Omar.








LAWATAN PENGARAH POLITEKNIK UNGKU OMAR KE UNIT PERPUSTAKAAN PUO


Lawatan Pengarah Politeknik Ungku Omar, Ts. Haji Mohd Fisal bin Haroon ke Unit Perpustakaan PUO pada 28 Ogos 2020.


Tuan Pengarah mengambil peluang pada sesi lawatan ini untuk berkenalan dengan semua kakitangan Unit Perpustakaan serta bertukar pandangan dan pengalaman. Di samping itu, beliau turut mengadakan lawatan ke bangunan baru perpustakaan.









Thursday 21 May 2020

JOM BACA BERSAMA 10 MINIT 2020

Jom Baca Bersama 10 minit 2020 peringkat PUO telah diadakan dengan jayanya pada 23 April 2020. Program ini berjaya dilaksanakan dengan penglibatan staf dan pelajar seramai 53 orang. Pihak perpustakaan telah menyediakan google form bagi memudahkan pendaftaran dapat dilakukan di mana sahaja peserta berada selari dengan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung. 
 

 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;