Perpustakaan Politeknik Ungku Omar

Program Dekad Membaca 2019

Quran Hour Peringkat PUO 2019

Sambutan Jubli Emas PUO

Hari Terbuka Perpustakaan

Capaian Pantas Perkhidmatan Perpustakaan PUO

Program Dekad Membaca 2019 : Tayangan Filem

Program Tutor A+ Perpustakaan Negara Malaysia

Program Dekad Membaca 2019

Program Dekad Membaca : Creating Poster Based on Engineering Articles

Program Dekad Membaca : Public Speaking

Tuesday 27 December 2016

PROGRAM SANTAI BUKU

Program Santai Buku adalah suatu program yang dianjurkan untuk menarik minat pelajar Politeknik Ungku Omar datang ke perpustakaan. Program ini diselia oleh pelajar-pelajar latihan industri iaitu Norsolehah Binti Yusop dan Nor Illyyina Binti Hassan bermula 16/12 - 21/12/2016, di mana ianya terbuka kepada semua palajar PUO.
Bagi menyertai Program ini para peserta dikehendaki meminjam buku di perpustakaan, membaca buku tersebut dan membuat ulasan di hadapan juri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Program ini telah tamat pada 21/12/2016 dan para peserta yang berjaya memberikan ulasan, idea dan pandangan dengan menarik dan berkesan telah menerima hadiah dan sijil daripada pihak perpustakaan.



























Friday 16 December 2016

MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL DAN JAMUAN SEMPENA MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN STAF 2016

Majlis diadakan di Perpustakaan PUO pada 16/12/2012 bagi meraikan pelajar-pelajar latihan industri dari UITM, Kedah iaitu Nor Illyyina Binti Hassan dan Norsolehah Binti Yusop yang telah berjaya menamatkan latihan industri mereka selama 5 bulan di Perpustakaan PUO. Diharap sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yang ditimba sepanjang berada di perpustakaan ini boleh dijadikan sumber inspirasi dan pemangkin untuk terus berjaya pada masa akan datang. Ucapan jutaan terima kasih juga di atas segala pertolongan baik dari segi masa dan tenaga dalam membantu menguruskan perpustakaan.
Majlis ini juga diadakan sempena sambutan hari lahir Pustakawan, Puan Norlaina Binti Mohd Razi. Happy BirthdaY Pn Laina!























Thursday 1 December 2016

AKTIVITI MENCANTIKKAN LAGI PERPUSTAKAAN



Terima kasih kepada pelajar-pelajar industri, Solehah  Binti Mohd Yusop dan Nor Illyyina Binti Hassan atas bantuan yang dihulurkan bagi mengindahkan lagi tatahias dalaman perpustakaan. Tidak lupa juga kepada ahli-ahli Kelab KORPUS dan pelajar-pelajar jurusan senibina yang telah menyumbang tenaga dan idea dalam aktiviti mencantikkan lagi perpustakaan.













TAKLIMAT PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN PELAJAR BAHARU SESI DISEMBER 2016

Taklimat ini telah diadakan pada minggu suai kenal pelajar-pelajar baharu bagi sesi Disember 2016 bertempat di Dewan Jubli PUO. Tiga orang wakil dari perpustakaan iaitu Encik Abdul Halim bin Abdul Hamid, Penolong Pegawai Pustakawan dan 2 orang pelajar latihan industri, Cik Solehah Binti Mohd Yusop dan Nor Illiyyina Binti Hassan telah memberi taklimat mengenai jenis-jenis perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan dan secara tidak langsung memperkenalkan perpustakaan PUO kepada para pelajar. 

Selain itu, para pelajar juga diberi taklimat mengenai sistem yang digunapakai untuk pencarian buku di perpustakaan bagi tujuan mendapatkan buku yang diingini dalam masa yang singkat.







Tuesday 22 November 2016

AUDIT MQA JABATAN PERDAGANGAN



Pihak perpustakaan  telah dikunjungi oleh beberapa orang auditor daripada MQA dan Universiti Teknologi MARA (UITM)  pada 22/11/2016 
















 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;