Perpustakaan Politeknik Ungku Omar

Program Dekad Membaca 2019

Quran Hour Peringkat PUO 2019

Sambutan Jubli Emas PUO

Hari Terbuka Perpustakaan

Capaian Pantas Perkhidmatan Perpustakaan PUO

Program Dekad Membaca 2019 : Tayangan Filem

Program Tutor A+ Perpustakaan Negara Malaysia

Program Dekad Membaca 2019

Program Dekad Membaca : Creating Poster Based on Engineering Articles

Program Dekad Membaca : Public Speaking

Wednesday 23 September 2020

MAJLIS PERASMIAN PROJEK MENAIKTARAF PERPUSTAKAAN POLITEKNIK UNGKU OMAR

 

Majlis Perasmian Projek Menaiktaraf Perpustakaan Politeknik Ungku Omar (PUO) telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah diadakan pada 14 September 2020.

Turut hadir bersama Encik Megat Azlani bin Megat Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi, Ts. Haji Mohd Fisol bin Haroon, Pengarah Politeknik Ungku Omar, Ir. Haji Hamdan bin Ali, Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Perak, Encik Kamal Afendi bin Desa, Jurutera Daerah Kinta, Ts. Haji Muhamad Rumzi bin Mamat, Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi JPPKK serta Haji Hussein bin Al Rashidi, Kontraktor Utama Sedia Gemilang Sdn. Bhd.

Kerja-kerja pembinaan projek telah dimulakan pada 19 April 2018 dan siap sepenuhnya pada 7 Ogos 2020 yang boleh menampung kapasiti pengunjung perpustakaan seramai 1400 orang pada satu-satu masa.

Transformasi ruang ini merupakan satu anjakan paradigma yang penting bagi memastikan perpustakaan PUO terus kekal relevan sebagai pusat repositori ilmu dan untuk dikunjungi, khasnya oleh para pelajar dan kakitangannya. 












Wednesday 2 September 2020

MAJLIS PERPISAHAN PUAN NORLAINA BINTI MOHD RAZI, PUSTAKAWAN UNIT PERPUSTAKAAN PUO

28 Ogos 2020 - Majlis Perpisahan Puan Norlaina binti Mohd Razi, Pustakawan S44 dari Unit Perpustakaan Puo yang akan bertugas di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

Selamat maju jaya kepada Puan Norlaina dan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti selama berkhidmat di Politeknik Ungku Omar.








LAWATAN PENGARAH POLITEKNIK UNGKU OMAR KE UNIT PERPUSTAKAAN PUO


Lawatan Pengarah Politeknik Ungku Omar, Ts. Haji Mohd Fisal bin Haroon ke Unit Perpustakaan PUO pada 28 Ogos 2020.


Tuan Pengarah mengambil peluang pada sesi lawatan ini untuk berkenalan dengan semua kakitangan Unit Perpustakaan serta bertukar pandangan dan pengalaman. Di samping itu, beliau turut mengadakan lawatan ke bangunan baru perpustakaan.









 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;