Perpustakaan Politeknik Ungku Omar

Program Dekad Membaca 2019

Quran Hour Peringkat PUO 2019

Sambutan Jubli Emas PUO

Hari Terbuka Perpustakaan

Capaian Pantas Perkhidmatan Perpustakaan PUO

Program Dekad Membaca 2019 : Tayangan Filem

Program Tutor A+ Perpustakaan Negara Malaysia

Program Dekad Membaca 2019

Program Dekad Membaca : Creating Poster Based on Engineering Articles

Program Dekad Membaca : Public Speaking

Wednesday 25 April 2018

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT 2018

Jom Baca Bersama untuk 10 Minit dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia yang merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Jom Baca Bersama untuk 10 Minit adalah inspirasi daripada kempen Earth Hour tahun 2010 yang mengajak orang ramai supaya memadamkan lampu selama sejam untuk menyelamatkan bumi dari masalah ketirisan lapisan ozon. Program ini dijalankan pada 24 April setiap tahun selama 10 minit pada jam 11.00 - 11.10 pagi. Jom Baca Bersama untuk 10 Minit boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan membaca apa sahaja bentuk bahan bacaan yang digemari. 



Justeru, pada 24 April 2018 yang lalu, Unit Perpustakaan Politeknik Ungku Omar telah menyambut inisiatif ini dengan menganjurkan kempen membaca selama 10 minit kepada semua Unit dan Jabatan di Politeknik Ungku Omar. Usaha ini disambut baik oleh semua warga Politeknik Ungku Omar dengan penyertaan daripada para pelajar serta kakitangan Politeknik Ungku Omar yang menjalankan kempen ini di perpustakaan, kelas, unit serta jabatan masing masing. 


 Kempen Jom Baca 10 Minit disertai kakitangan PUO



Kempen juga berjalan di Unit Komunikasi Korporat
Unit Pentadbiran juga mengambil bahagian di dalam kempen Jom Baca Bersama untuk 10 Minit

Jom Baca 10 Minit yang berlangsung di Unit Perpustakaan


 





Jom Baca Bersama 10 Minit turut berjalan di kelas


Diharapkan kempen membaca ini mampu diterapkan sebagai sebuah rutin yang positif dalam diri setiap warga Politeknik Ungku Omar.

 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;