Taklimat diadakan di Bilik Multimedia, Perpustakaan PUO pada 7/9/2016 yang dihadiri oleh warga PUO yang terpilih bersama-sama dengan kakitangan perpustakaan. Pihak perpustakaan telah menjemput penceramah dari Perpustakaan Negara Malaysia iaitu Puan Norhasliza Binti Hj. Mohd Razali, Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan bagi menerangkan PNM Digital dan bagaimana pengguna boleh menggunakan perkhidmatan tersebut. Di samping itu, Puan Norhasliza juga turut memberi pendedahan tentang literasi maklumat yang berkesan dan jitu. Diharapkan taklimat sebegini memberi manfaat kepada semua yang hadir dan seterusnya dapat menggunakan perkhidmatan PNM Digital ini dalam mencari bahan rujukan.
Wednesday, 7 September 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment