Bagi menyokong program yang dijalankan serentak di seluruh negara ini, pihak perpustakaan PUO telah mengambil inisiatif dengan melakukan perkara yang sama di mana 1 jam diperuntukkan untuk membaca Al-Quran. Majlis ini berlangsung pada hari Isnin, 24 Ramadan 1438H bersamaan 19 Jun 2017 bermula dari 12.00 - 1.00 tengahari.
Majlis ini yang berlangsung di perpustakaan dihadiri oleh kakitangan PUO dan para pelajar. Diharapkan majlis sebegini dapat mengangkat Al-Quran ke tempat yang lebih tinggi dan menjadi landasan kepada kehidupan seharian umat Islam seterusnya menggalakkan masysrakat Islam untuk membaca Al-Quran.
0 comments:
Post a Comment