Perpustakaan PUO telah mengadakan Lawatan Penanda
Aras bagi pemantapan APACC ke Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan pada 20
September 2017. Seramai 22 orang pelajar yang terdiri daripada ahli Kelab
KORPUS ILMU dan 4 orang staf perpustakaan telah menjayakan lawatan ini. Lawatan
ini bertujuan untuk meningkatkan mutu pengurusan perpustakaan puo di samping
berkongsi ilmu dan kemahiran dalam mengendalikan APACC. Selain itu, lawatan ini
juga memberi peluang kepada ahli kelab dalam meluaskan pengetahuan mereka
tentang pengurusan dan perkhidmatan perpustakaan.
Wednesday, 20 September 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment