Kelas Literasi Maklumat ini merupakan inisiatif Ketua Unit Perpustakaan, Pn. Nurhafiza Binti Jusoh, dalam memberi pendedahan kepada pelajar semester 1 bagi setiap Jabatan terhadap literasi maklumat yang berkesan. Kelas Literasi Maklumat pada kali ini disampaikan oleh Pn. Norhafiza Binti Jusoh & Encik Andul Halim Bin Abdul Hamid bermula 12/12/2017 - 18/12/2017 bertempat di Bilik Ibnu Sirin & Bilik Siber, Perpustakaan PUO. Antara lain objektif yang ingin dicapai melalui kelas atau taklimat sebegini adalah unutk memastikan para pelajar sedia maklum tentang perkhidmatan Perpustakaan PUO dan Perpustakaan Negara Malaysia amnya. Perkhidmatan seperti e-book dan U-pustaka di ketengahkan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kemudahan baru yang diperkenalkan oleh perpustakaan bagi tujuan rujukan para pengguna.
Tuesday, 12 December 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment